Thursday 26 January 2012

Derma darah


KEMPEN derma darah kini menjadi perkara lumrah yang dijalankan hampir setiap hari sama ada di hospital, dewan orang ramai mahupun pusat beli-belah. Namun, masih ramai memandang kempen ini sebelah mata, walaupun mengetahui seunit darah yang diderma dapat menyelamatkan satu nyawa.

Bagi kita yang sihat, keperluan menderma darah mungkin tidak meresap ke dalam jiwa.

Sesekali luangkan masa melawat wad kanak-kanak, khususnya yang menempatkan pesakit kecil penghidap talasemia dan leukemia. Mungkin selepas lawatan singkat ini, anda akan faham perasaan ibu bapa pesakit apabila hospital tidak dapat membekalkan darah sesuai untuk anak mereka.

Menderma darah adalah perbuatan mulia dan menjadi sedekah yang tidak ternilai harganya. Sebenarnya sel darah merah dalam badan kita hanya bertahan antara 115 hingga 120 hari. Selepas tempoh ini, ia musnah dan digantikan dengan sel baru.

Jika didermakan, darah ini disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari. Jangan bimbang, darah yang didermakan itu pasti dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana sebelum tempoh ini berakhir, ia akan diberi kepada golongan memerlukan.

Kita tidak akan mengalami masalah kekurangan darah kerana secara semula jadi badan menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang musnah akibat ‘tua’ (selepas 120 hari). Didermakan atau tidak, darah berkenaan tetap akan musnah dalam badan kita, jadi lebih baik jika ia dapat digunakan sebaik-baiknya.

Malah, pendermaan darah juga sebenarnya merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan, membuatkan kita berasa lebih segar dan sihat.

Pada masa sama, kecekapan badan untuk menggunakan zat besi akan meningkat kerana ia diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah yang baru.

Secara tidak langsung, ia dapat membantu badan mengelak mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin.

Kesannya, penderma akan berasa lebih sihat dan segar. Rata-rata penderma mengakui mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka dapat menyelamatkan nyawa orang lain, tanpa mengira batasan umur, kaum dan agama.

Namun lebih penting, ia membolehkan seseorang mengetahui status kesihatan mereka kerana ujian akan dilakukan setiap kali darah didermakan (walaupun anda penderma tetap) bagi memastikan darah benar-benar selamat dan ‘bersih’.

Antara ujian yang dilakukan ialah ukuran tekanan dan pengenalan jenis darah, selain mengesan sama ada penderma mengalami masalah kesihatan lain. Jika ada, usah risau kerana ia dapat dikesan awal bagi membolehkan kita menerima rawatan sewajarnya.

Berapa banyak darah yang akan diambil? Tidak banyak, hanya satu unit iaitu antara 300 hingga 450 mililiter saja, bergantung kepada berat badan anda. Selepas menderma, anda akan diberikan pil zat besi dan asid filik bagi merangsang badan menghasilkan sel darah baru.

Penerima darah
Mungkin ada yang bertanya siapa akan menerima darah anda ini? Ramai.

Antaranya ialah:

1. Wanita yang tumpah darah ketika bersalin.

2. Pesakit talasemia.

3. Pesakit leukemia.

4. Pesakit haemofilia.

5. Individu yang mengalami masalah anemia.

6. Mangsa kebakaran.

7. Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah.

8. Bayi yang perlu menjalani pertukaran darah.

9. Mangsa demam denggi.

Sebenarnya, darah kita membabitkan beberapa komponen dan darah yang didermakan ini akan diasingkan mengikut komponen berkenaan iaitu darah merah, plasma, platelet, plasma beku segar, cryoprecipitate, cryosupernatant, faktor VIII dan IX.

Semua komponen ini mempunyai kegunaan masing-masing yang diperlukan individu berlainan.

Sel darah merah contohnya, digunakan untuk merawat pesakit talasemia, leukemia, orang yang kehilangan darah dan kekurangan darah (anemia).

Manakala plasma pula penting untuk merawat mangsa kebakaran dan kebanyakan kes kehilangan darah seperti ketika menjalani pembedahan.

Walaupun ada teknologi moden yang boleh menghasilkan bahan yang menggantikan beberapa komponen darah, sumber darah asli masih diperlukan kebanyakan pesakit.

Bagaimana pula dengan komponen lain? Pusat Darah Negara menghantar plasma beku ke Makmal Serum Commonwealth di Melbourne, Australia. Plasma ini akan menjalani proses pemecahan bagi menghasilkan faktor VIII, immunoglobulin dan albumin 20 peratus yang digunakan bagi merawat pesakit haemofilia, iaitu masalah darah lambat beku.

Jadi, tiada setitis pun darah anda akan terbuang sia-sia. Jadi, ambil peluang untuk menderma darah bagi menyelamatkan nyawa orang lain kerana giliran kita memerlukan darah mungkin tiba satu hari nanti.

Bagaimanapun, bukan semua orang layak menderma darah kerana anda perlu memiliki ciri seperti senarai di bawah iaitu:

1. Berumur 18 hingga 65 tahun.

2. Berat badan melebihi 45 kilogram.

3. Tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.

4. Tidak menghidap penyakit kronik.

5. Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.

6. Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.

7. Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

Anda dilarang menderma darah buat sementara waktu jika:

1. Demam.

2. Berat badan kurang 45 kilogram.

3. Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah.

4. Tidur kurang lima jam.

5. Minum minuman beralkohol kurang daripada 24 jam.

6. Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.

7. Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.

8. Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.

9. Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.

Paling penting, jangan menderma darah jika anda:

1. Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.

2. Pernah atau masih mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.

3. Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).

4. Pernah atau masih mengamalkan hubungan sejenis (homoseks) atau dengan kedua-dua jantina (biseksual).

5. Mengambil dadah secara suntikan.

Wednesday 25 January 2012

indonesia benci malaysia

assalamualaikum....hehehe.... cete kali nie pasal indonesia serang malaysia d fb dan malaysia serang indonesia d fb,,,,issshhhhhhhh terok sangat dh moral2 owg malaysia n indonesia nie diaorg maaki sesedap oren jeeeeee ntah pape la aq pown ta tau nape benci sanat diaorg satu sama lain ...bukan aq nk sokong malaysia(owg malaysia..hehheheh) tp aq tengok owg indonesia yg start dulu benda2 bagai nie,,,,,pastooooo malaysia ta puas t diaorg unnn blas blik(dengo cete begituuu,,,) ....masa aq tengah2 menulis nie sambil mesej dengan kerbau(timah) ape yg die ta puas t ngan aq ,aq un ta tau asik2 nk panggil aq kambing!!!!! streeeesssss timah2 aq tau la ko windu aq....heheheheheh mcm2 keburukn kambing die ckp......kambing nonet tededah la...kambing takot air la ...kambing itam la hahhahahaha wateva timahh.....I NOT KAMBING hahahahah....
hahhhhh!!!! bebalik pada topikkk......
kat pages2 anti indonesia n malaysia banyak gler maki hamun diaorg sape yg nk belaja bole rujuk kat pages2 uhhhhh tp ada jugak yg baik...dan antara komen baik yg aq tengok n suke adaaaaalahhhhhh ini....


antara image yg menunjukkan kebencian diaorg


jangan jadi bodoh la peribumi indon.. korang berotak ke tak? mudahnya korang terikut2 propoganda media di indon.. cuba korang sedar mcmana pemerintah korang hisap darah peribumi korang.. indon negara yg ALLAH kurnia kekayaan tapi berapa ramai anak peribumi korang yg mnderita? kalau korang sedar perkara ni sepatutnya korang dulukan mengubah corak yang ada diindon,perkasakan ank peribumi jgn dibiar melarat tmpa pelajaran secukupnya..


ni korang kecoh nak tiup api bermusuh dgn orng malaysia atas alasan2 bodoh korang.. kononnya malaysia jahat sngat,korang sedar tak berapa ramai orang indon yg aman mncari rezeki di malaysia? korang yg kaya mmpu miliki kemewahan tak sama mcm mereka yg trpksa tinggalkan ank isteri mncari rezeki diluar...


apa yg korang marahkan sangat malaysia? isu pulau? itu sebab bodohnya pemerintah indon yg mengambil sikap sambil lewa dgn kes tu,untuk tutupi kebodohan mereka media mainkan peranan hingga korang semua buta sebelah mata hingga tk nmpk kelemahan mereka...salah mereka atas sikap sambil lewa ditutupi dgn kononnya salah itu dari pihak malaysia..
bodohnya korang.. 


isu tarian tradisional? korang tahu tak berapa banyak etnik2 yg berasal dari indon yg tinggal dimalaysia? korang sedar tak tu juga adalah tarian tradisional mereka? bodohnya korang.. 


isu manohora pinot? kita orang rkyat malaysia tk menyokong dan tak ambil tau pon kisah anak raja kelantan tak berotak tu,yg korang serius sngat mcm la kita pnduduk malaysia semuanya sokong anak raja yg bodoh tu ape hal? bodohnya pemikiran korang... 


isu pekerja2 indon tak dibayar gaji ? malaysia negara yg ada undang2..kenapa mereka masuk mncari rezeki dimalaysia secara haram? mereka2 yg ditipu,dianiaya oleh majikan dgn cara yg zalim tu kebnyakannya pndatang..time gaji ada majikan yg menganiaya mereka dgn cara laporkan kpda imegresen utk menangkap mereka.. ini sebab silap mereka sndiri,knpa masuk secara tak sah.. warga malaysia yg tinggal diluar negara secara tak sah juga menerima nasib yg sama..waras la sikit dlm berfikiran tu...


kes orng2 gaji didera? apasal korang ingat kita suka kejadian tu berlaku? binatang didera pon kita benci ni kan pula manusia..malangnya perkara tu brlaku diluar keupayaan kita untuk mencegah.. namun sikit sbnyak salah tu brpunca dari pihak di indon juga,orang gaji yg dihntar kemalaysia adalah class ke3,class 1 dan 2 dihntar ke negara2 maju.. bayangkan kalau korang seorang yg mmpunyai sikap panas baran trpksa berdepan dgn seorng tukang gaji yg bnyk tk tahu dari yg diketahui,kesabaran pasti mudah hilang..salahkan juga tekong darat yg mengurus secara sewenangnya dlm mengasingkan class orang gaji untuk dihantar keluar negara.. 


isu apa lagi? isu gadis2 indonesia yg banyak mnjadi simpanan di malaysia? ini sebab gadis2 yg datang tu tak bersungguh2 dlm beragama,ditemukan pula dgn jantan yg serupa dgnnya dlm hal beragama..mcm2lah yg jadi,dan ramai warga malaysia langsung tk suka perkara ni..korang ingat kita suka tengok gadis2 bodoh tu yg berpakaian mcm haram jadah main redah saja ikut jantan keluar? korang tau berapa bnyak rumah tangga yg aman disini punah dek sebab gadis2 bodoh tu? korang taktau? sebab otak korang cuma tau berfikir mcmana nk salhkan malaysia,tiupkan api agar ramai orng indon diindon bencikan malaysia sahaja...


ramai juga orng indon yg faham tntang kepntingan persaudaran,keagamaan yg tinggal dimalaysia ni,aman dan selesa hidupnya disini.. diorang insaf dgn kekurangan diri sbgai perantau ditmpat orng..khidupan diorng berwaspada dan mengelak dari tmbulkan masalah..mereka yg mcmni lngsung tk setuju dgn apa yg sedang korang usahakan ni..


korang gunakan otak tu memikir mcmana nk memajukan peribumi indon,jgn guna otak tu semata untuk tiup api permusuhan dgn malaysia saja..lngsung tkder manafaat untuk ramai atas usaha2 bodoh korang ni.. nasihat aku atas dasar ukhwah,untuk mereka yg dikurniakan otak mncntai keamanan semata.. buat mereka yg dikurniakan otak mcm iblis sukakan permusuhan tk kiralah buat orng malaysia atau indon,teruskanlah.. ada neraka yg ALLAH sediakan buat pengadu domba, cepat2lah register nama disitu takut nnti penuh tk dpt masuk menyesal lak nant


komen yg sanagt bernas dan bepengetahuan kn2,,,komen dri nama fbnye...sokong pakatan



Tuesday 24 January 2012

perbandingan aq n danny haiiisssshhhh gemok2


hah kali nie nk cete ckit pasal obesiti laaaaaa kannnnnn........yelaaaaaaaaaaaaaaaa aq nieeee kan gemokkkkk dikategorikan sebagai obeseee dan arie uh pegi shopping dengan timah ismail kat jj seremban 2.....die p solat aq  pown ambil kesempatan nk timbang berat amboiiiiii banyak gler no die!!!!!!!!!!!!!!  hahahahahahahah gler2 ntah pape pastooo merajuk la bagai timah!!!! ntah pape!!!! pelik tol!!!! ikot atie nk je pang2 hahahahahhahahahahahaha tp die kannnnnnnn ta smpai ahhh atie nk lempang2 hahahhahahaha........hah kembali lak pada tajuk obese...


  • Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organbadan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
  • siapakah tergolong?????
  1. Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
  2. Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
  4. Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
  5. Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
hah aq la salah seorang tegolong la dalam2  uhh hahahahhahahahahaha kengkadang malu gak tp kuatkan ti nk malu penye so aq dh ta da perasaan malu terhadap kegemokan aq nie huhuhuhuhu...(nasib bek ada owg sayang),disebalik uh aq nk jugak usha kurus hah diet la bagai n exxercise(on progressss) hehhe...nk kurus nk kurus nk kuruss mak!!!!!!! nape ta kurus2 balik umah mak,ayah,adik2 n makcik2 sume kate perkataan uh hahahhahaahah iaitu gemokk huhuhuhu...tp ta pe,,,,,,ta kecik pown ti nie,,,dulu2 masa kurang akal ada panggil gemok mara tp kn kn skunks tak hhuhuhuh even dayah ahmad(housemate) panggil mok mok ta kesah dh mcm nama panggilan un ada hahahhahahah...

  • Risiko kesihatan bagi obesiti:-
  1. Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
  2. Strok (angin ahmar)
  3. Tekanan darah tinggi
  4. Batu hempedu
  5. Diabetes (kencing manis)
  6. Paras kolestrol darah yang tinggi
  7. Gout
  8. Sakit di bahagian bawah belakang badan
  9. Sukar bernafas
  10. Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  11. Gangguan pembuangan air kecil
  12. Penyakit hati
  13. Barah usus
masa  tengok owg usung mayat terbayang diri sendiri hah,,,,,,mcm ne la diaorg nk angkat berat2 aq nie msty susa hahahhaha tue la salah satu pendorong aq nk kurus haiiiissssshhhh susa gemok2 nie sume penyakit datang.........


Thursday 19 January 2012

JANGKITAN PADA VAGINA

PAP SMEAR
STRUKTUR PEMBIAKAN WANITA



RAMAI wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau vagina. Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani berkenaan.
Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.
Masalah jangkitan pada vagina sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.
Masalah ketidakselesaan pada vagina yang kering dan berlendir sehingga menyebabkan kegatalan selepas tindakan menggaru dan tidak mencuci dengan betul akan menjadikan kulit di sekeliling vagina lebih kering dan pedih. Punca itu berlaku ketika mengalami haid, di mana darah haid yang keluar terlalu banyak, berdarah beku, sakit akibat kedatangan haid, berdarah selepas melakukan hubungan seks, persekitaran kotor dan memakai pakaian dalam yang tidak sesuai.
 masalah jangkitan itu berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon berikutan mengalami tekanan mental, fizikal, emosi, kerja dan keluarga. Dengan itu, ia boleh menyebabkan berat badan semakin bertambah, berpenyakit kulit, gangguan pada kelenjar tiroid, gangguan prolaktin dan perimenopos.
“Apa yang perlu dititikberatkan ialah kebersihan pada vagina kerana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis gangguan pada kehidupan seharian. Gangguan luar biasa pada vagina tidak bermakna anda mengalami jangkitan bakteria.
“Ia berkemungkinan berlaku daripada aktiviti harian seperti penggunaan deodoran dan semburan wangian, air laut, mandian pasir, pakaian dalam yang sering lembap dan basah, alah pada penggunaan kondom ketika mengadakan hubungan seks, penggunaan tampon yang tidak sesuai dan vagina kering berikutan menopous,”
Jangkitan kandida pada vagina disebabkan oleh pertumbuhan berlebihan sel yis (Candida albicans) yang biasanya ada dalam vagina. Antara faktor yang dikaitkan dengan jangkitan vagina wanita termasuk kehamilan, penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, pengambilan ubat secara oral, antibiotik dan menggunakan semburan pada vagina.
Justeru, tidak mustahil seseorang boleh dijangkiti lebih daripada sekali, tetapi kajian menunjukkan hanya 12 hingga 15 peratus pasangan akan mendapatkan pandangan pakar mengenai kegatalan dan pedih pada kemaluan.
Selalunya bagi pesakit yang mengidap jangkitan itu hanya perlu mendapatkan rawatan sekali saja dengan melakukan ujian untuk dikaji di makmal seperti pap smear, terapi oral, vaginal pessaries dan sapuan krim pada kulit yang mengalami jangkitan itu. Apa yang lebih penting, kedua-dua pasangan itu harus berjumpa doktor untuk mendapatkan pandangan sewajarnya.
Premitha berkata, jangkitan pada vagina juga disebabkan masalah Bacteria Vaginosis (BV) amat kompleks malah sesiapa saja terdedah kepadanya. Sebagai langkah awal, pesakit perlu mendapatkan diagnosis yang tepat dan memberikan rawatan yang betul lebih-lebih lagi bagi wanita mengandung atau mereka yang akan menjalani pembedahan pelvis.
“Tanda utama jangkitan BV ialah keluarnya lendir vagina homogen putih-kelabu yang cair seakan-akan susu tetapi tidak menyebabkan radang. Ia juga berbau hanyir dan ada kalanya menimbulkan kegatalan. Kajian menunjukkan, dalam proses diagnosis, terdapat langkah yang dikatakan menjamin ketepatan 90 peratus.
“Langkah itu membolehkan doktor mencadangkan rawatan yang berkesan untuk wanita. Diagnosis yang tepat dan rawatan yang berkesan juga dapat mengurangkan masalah kesulitan bersalin sebanyak 50 peratus. Kesulitan yang tinggi akan menyebabkan kemandulan dan kehamilan ektopia,” katanya.
Kajian terhadap trichomoniasis atau jangkitan sistem pencernaan oleh protozoa pula menunjukkan sebanyak 25 peratus wanita terkena jangkitan pada vagina serta sebanyak 50 peratus wanita yang mengalaminya tidak menunjukkan tanda awal. Ia juga disebabkan jangkitan selepas mengadakan hubungan seks dan juga boleh disebabkan perkongsian barang peribadi seperti tuala dan tempat buang air.
Pesakit perlu mendapatkan diagnosis dengan melakukan pap smear, memastikan kadar PH pada vagina yang tidak melebihi empat bagi mengelakkan bakteria aktif. Antara langkah untuk mengelak daripada menghidap jangkitan itu ialah memastikan kebersihan dan vagina sentiasa kering.
Bagi memastikan rawatan yang dibuat lebih berkesan, elak daripada melakukan hubungan seks sekiranya jangkitan belum sembuh sepenuhnya, nasihat pasangan supaya pergi mendapatkan rawatan, gunakan kondom ketika melakukan seks, kurangkan pengambilan gula, roti dan minuman keras.
“Sekiranya masih belum menemui jalan penyelesaian, manjakan vagina anda dengan menyapu sedikit yogurt atau memakan dadih kerana kajian menunjukkan keberkesanannya mengatasi jangkitan yis pada vagina amat memberangsangkan.
“Kajian itu mendapati, mereka yang menghidap jangkitan itu selepas memakan dadih yang mengandungi kultur hidup setiap hari selama enam bulan, tidak lagi mengalami jangkitan baru. Selain kajian berkenaan, banyak lagi kajian lain yang dibuat mengenai dadih dan berjaya membuktikan ia sememangnya makanan yang baik terutama khasiatnya dalam penjagaan kesihatan,” katanya.
Bagi mengelak daripada terkena jangkitan itu anda seharusnya kurangkan menjalin hubungan seks dan pastikan menggunakan pencuci vagina yang kini banyak di pasaran. 
Jangkitan Vagina
-bakteria pada pasangan
-mengeluarkan lendiran berwarna putih
-gatal
-berbau
-sakit pada abdomen
-demam
-sakit ketika membuang air kecil
-kedatangan haid yang tidak menentu
Tip mengelak daripada jangkitan
-pastikan kemaluan sentiasa kering
-elakkan penggunaan sabun yang mengandungi banyak bahan kimia, semburan dan pewangi (daouche), syampu rambut yang boleh menyebabkan pedih pada kulit vagina
-tukar tampon dan tuala wanita setiap kali selepas membuang air dan elakkan penggunaan tampon yang mengandungi bahan pewangi
-pakai pakaian dalam dari jenis kapas yang longgar.